Abbas Alias
Abbas Alias

Abbas Alias

Dato' Dr. Haji Abbas Alias merupakan Yang Dipertua Agung PAS yang Ke-2 iaitu dari 1953-1956. Beliau mengambil alih kepimpinan PAS selepas Yang Dipertua PAS yang Pertama, Haji Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan kerana mahu menyertai Parti Negara yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar.Namun beliau tidak dapat memimpin PAS dengan berkesan kerana bekerja dengan kerajaan sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji Malaya.